Cara Mudah Hafal Al-Quran
Mahu merasa kelazatan Al Quran dan menjadi semakin dekat dengan ALLAH SWT..? Mari kita belajar caranya.. Cuma 15 minit sahaja dari waktu kita setiap hari . (paling sesuai selepas fajar). Sehari 3 ayat sahaja . Disarankan mula dengan juz 30 . Setakat 3 ayat, saya jamin kalian boleh hafal kurang dari 15 minit. Ambil 3 ayat awal surah An Naba (orang usrah, wajib kut hafal surah ni). OK JOM MULA..!! Dari solat sunat dhuha, rawatib, dan semua solat fardu hari tersebut, ULANG 3 AYAT tu je. *kalau jadi imam solat maghrib dan isya, tambahlah dengan surah2 lain (takut makmum rasa pelik). Esoknya, 15 minit lagi di awal hari. Hafal 3 ayat seterusnya . Jadi sekarang kita sudah ada 6 ayat (campur yang semalam). Dari solat sunat dhuha, rawatib, dan semua solat fardu hari tersebut, ULANG 6 AYAT tu je . *seperti biasa kalau yang jadi imam tu pandai-pandailah ye. Lusanya, jadi 9 ayat. Seperti biasa ulang dalam setiap solat sunat dan fardu . Baik, Katakan kita mula haf...