Tanda-Tanda Waqaf Tanda mim ( مـ ) disebut juga dengan Waqaf Lazim . iaitu berhenti di akhir kalimah sempurna . Wakaf Lazim disebut juga Wakaf Taamm (sempurna) kerana wakaf terjadi setelah kalimah sempurna dan tidak ada kaitan lagi dengan kalimah sesudahnya. Tanda mim ( م ), memiliki kemiripan dengan tanda tajwid iqlab, namun sangat jauh berbeda dengan fungsi dan maksudnya. Tanda tho ( ﻁ ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan mesti berhenti . Tanda jim ( ﺝ ) adalah Waqaf Jaiz . Lebih baik berhenti seketika di sini walaupun diperbolehkan juga untuk tidak berhenti. Tanda zha ( ﻇ ) bermaksud lebih baik tidak berhenti . Tanda sad ( ﺹ ) disebut juga dengan Waqaf Murakhkhas, menunjukkan bahwa lebih baik untuk tidak berhenti namun diperbolehkan berhenti saat darurat tanpa mengubah makna. Perbedaan antara hukum tanda zha dan sad adalah pada fungsinya, dalam kata lain lebih diperbolehkan berhenti pada waqaf sad . Tanda sad-lam-ya ( ﺻﻠﮯ ) merupakan singkatan dari "Al-wasl Awlaa...
Mahu merasa kelazatan Al Quran dan menjadi semakin dekat dengan ALLAH SWT..? Mari kita belajar caranya.. Cuma 15 minit sahaja dari waktu kita setiap hari . (paling sesuai selepas fajar). Sehari 3 ayat sahaja . Disarankan mula dengan juz 30 . Setakat 3 ayat, saya jamin kalian boleh hafal kurang dari 15 minit. Ambil 3 ayat awal surah An Naba (orang usrah, wajib kut hafal surah ni). OK JOM MULA..!! Dari solat sunat dhuha, rawatib, dan semua solat fardu hari tersebut, ULANG 3 AYAT tu je. *kalau jadi imam solat maghrib dan isya, tambahlah dengan surah2 lain (takut makmum rasa pelik). Esoknya, 15 minit lagi di awal hari. Hafal 3 ayat seterusnya . Jadi sekarang kita sudah ada 6 ayat (campur yang semalam). Dari solat sunat dhuha, rawatib, dan semua solat fardu hari tersebut, ULANG 6 AYAT tu je . *seperti biasa kalau yang jadi imam tu pandai-pandailah ye. Lusanya, jadi 9 ayat. Seperti biasa ulang dalam setiap solat sunat dan fardu . Baik, Katakan kita mula haf...
Ulasan
Catat Ulasan