Cara Mudah Hafal Al-Quran

Mahu merasa kelazatan Al Quran dan menjadi semakin dekat dengan ALLAH SWT..?

Mari kita belajar caranya.. Cuma 15 minit sahaja dari waktu kita setiap hari.  (paling sesuai selepas fajar).

Sehari 3 ayat sahaja. Disarankan mula dengan juz 30. Setakat 3 ayat,  saya jamin kalian boleh hafal kurang dari 15 minit.

Ambil 3 ayat awal surah An Naba (orang usrah, wajib kut hafal surah ni).

OK JOM MULA..!! Dari solat sunat dhuha, rawatib, dan semua solat fardu hari tersebut, ULANG 3 AYAT tu je. *kalau jadi imam solat maghrib dan isya, tambahlah dengan surah2 lain (takut makmum rasa pelik).

Esoknya, 15 minit lagi di awal hari. Hafal 3 ayat seterusnya.

Jadi sekarang kita sudah ada 6 ayat (campur yang semalam). Dari solat sunat dhuha, rawatib, dan semua solat fardu hari tersebut, ULANG 6 AYAT tu je. *seperti biasa kalau yang jadi imam tu pandai-pandailah ye.

Lusanya, jadi 9 ayat. Seperti biasa ulang dalam setiap solat sunat dan fardu. Baik,  Katakan kita mula hafal 3 ayat tadi masa hari ISNIN. Sampai hari SABTU, kita sudah hafal berapa ayat?? Ya, 16 ayat kan.

AHAD, jadikan sebagai hari untuk kita ULANG semua 16 ayat tersebut. Masukkan bacaan tersebut dalam solat malam tersebut. (tak mungkin daie qiam seminggu sekali sahaja kan..faham ke?)

Jadi kiranya, hujung minggu adalah hari TASMIK BESAR-BESARAN kita. Bagusnya cari kawan untuk dengarkan bacaan kita. Minggu berikutnya, tambah lagi 3 ayat.

Ulanglah rutin seperti minggu lalu. Sehinggalah................ kita berjaya menghafal keseluruhan juz 30. Bukan keseluruhan 30 juz.

Alhamdulillah.. !! tahniah awokk Bila sudah berjaya hafal 1 juz tersebut.

JANGAN terus gopoh untuk hafaz juzuk seterusnya. Rehat selama seminggu... Rehat selama SEMINGGU...?

Ini betul-betul, bukan cobaan. Rehat sekejap. Kalian tahu mengapa? Supaya hafalan kita KUAT dan SEMPURNA.

Lakukan perlahan-perlahan.. Dalam seminggu tersebut, Ulang hafalan juz amma sebanyak 2 kali. Setiap hari ulang 2 kali.

Lepas rehat seminggu. Baru kita tambah 3 ayat baru. Ulang langkah yang sama, iaitu ulang sepanjang waktu solat sunat dan fardu. Dan.. Ulang 1 per 4 dari hafalan juz amma kita yang lepas. Setiap hari tambah 3 ayat dan ulang 1 per 4 juz amma yang sudah kita hafal.

Bila dah berjaya hafal 2 juzuk. Alhamdulillah.. !! tahniah awokk Seperti biasa, rehat seminggu. Bila sudah mula hafal juzuk ke 3 Alhamdulillah.. !! tahniah awokk Teruskan, setiap hari hafal 3 ayat, dan ulang 2 per 4 dari hafalan yang lalu.

Setelah berjaya menghafal 30 JUZUK dengan sempurna.Alhamdulillah.. !!Alhamdulillah.. !! Alhamdulillah.. !! tahniah awokk Kurangkan 3 perkara, -makan -berborak -tidur

Mudah ! Mudah ! Mudah ! Cari cinta Allah swt sebelum mula menghafal. Kerana hanya dengan bantuan NYA, kita mampu membaca dan menghafal ayat-ayat suci tersebut.

Khalifah Umar al Khatab memeluk islam tika usianya agak lewat. Namun beliau mampu menghabiskan hafalan al Quran sebelum meninggal dunia.

Jadi apalah alasan kita yang sejak bayi sudah beragama islam, malah muda belia,  serta hidup mudah dengan segala gajet, UNTUK TIDAK MENGHABISKAN HAFALAN AL QURAN KITA.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tanda-tanda Waqaf Dalam Al-Quran